suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesan penyakit lupus, Selena Gomez mengaku tak boleh hamil

Selena lebih suka berterus-terang daripada berselindung tentang sesuatu perkara.

TERBUKA berkongsi masalah kesihatan yang dialami, penyanyi Selena Gomez memberitahu ia bukanlah sesuatu perkara memalukan.

Malah bagi Selena, 32, dia juga tidak pernah peduli akan pandangan sekeliling yang mengecam selepas mendedahkan dirinya tidak boleh hamil.

"Ia bukan satu perkara yang memalukan. Saya berkongsi tidak boleh hamil, saya ada bipolar. Itu adalah kehidupan saya," katanya ketika memberi ucapan dalam sebuah acara.

selena gomez 2

Perkongsian Selena menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan peminat.

Tambah penyanyi lagu Love You Like A Love Song ini, setiap apa yang dikatakan juga adalah untuk memberi pendedahkan kepada orang ramai yang mungkin mengalami nasib serupa.

"Saya suka bersikap jujur sebab setiap orang melalui sesuatu. Saya mahu mendidik golongan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tak boleh hamil, sedia ambil anak angkat atau guna kaedah ibu tumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Pengkritik muzik anggap album baharu Katy Perry membosankan, percaya dihasilkan dengan bantuan AI

"Saya tidak memiliki semuanya. Ini adalah saya, itu sahaja yang saya mampu. Jangan biarkan orang bercakap tentang awak," tegasnya.

Selena sebelum ini memberitahu dia sedia bergelar ibu namun tidak boleh hamil susulan masalah penyakit lupus yang dihidapi.

Katanya masalah tersebut boleh menjejaskan bayi dalam kandungan atau dirinya sendiri jika hamil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain