suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengkritik muzik anggap album baharu Katy Perry membosankan, percaya dihasilkan dengan bantuan AI

Katy Perry melancarkan album terbaharunya berjudul 143.

PERMULAAN kurang baik buat penyanyi Katy Perry apabila album terbaharunya berjudul 143 mendapat pelbagai kecaman daripada pengkritik muzik.

Pengkritik muzik Steven J. Horowitz mendakwa Katy seperti ketandusan idea kerana lagu yang dimuatkan dalam album tersebut kedengaran klise dan membosankan.

Malah dia percaya lirik ditulis seolah-olah dihasilkan menggunakan teknologi Artificial Intelligence atau AI.

Album terbaharu Katy menerima kritikan hebat.

Katy tampil dengan album terbaharu selepas empat tahun.

"Album ini sangat membosankan dan tiada daya tarikan dengan lirik yang klise.

"Dia buat saya terfikir sama ada lagu-lagu ini ditulis dengan bantuan AI.

"Vokal Katy juga seperti tidak kena dalam semua lagu yang dinyanyikan. 143 sangat mengecewakan,' katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom ringan tulang buat kerja rumah, hubungan intim cara Katy Perry ucap terima kasih

ARTIKEL BERKAITAN: Baju tertanggal semasa jadi juri, Katy Perry menyorok bawah meja tutup guna bantal

Selain Steven, rata-rata pengkritik muzik turut memberikan reaksi negatif terhadap album tersebut.

Rata-rata menyifatkan penantian empat tahun peminat tidak berbaloi apabila buah tangan yang diberikan langsung tidak menunjukkan kesungguhan.

143 yang bermaksud 'I Love You' dilancarkan pada Khamis lalu selepas kali terakhir tampil dengan album berjudul Smile pada 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain