suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 tahun menunggu, akhirnya Sungmin (Super Junior) timang anak pertama

Sungmin gembira akhirnya sudah menimang cahaya mata sulung.

SELEPAS 10 tahun berkahwin, ahli kumpulan Super Junior iaitu Sungmin dan isteri Kim Sa Eun dikurniakan anak pertama.

Berita gembira itu disahkan oleh agensi naungan Sungmin iaitu SM Entertainment pada Jumaat lalu.

"Pasangan ini menyambut kelahiran anak lelaki," kata agensi menerusi satu kenyataan.

Pada Julai lalu, Sungmin berkongsi berita mengenai kehamilan isterinya itu.

Kata Sungmin, dia bersyukur kerana penantian mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya bakal terlaksana.

Untuk rekod, Sungmin dan Kim Sa Eun berkahwin pada tahun 2014.

Sungmin kini berusia 38 tahun dan isterinya pula 39 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain