suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Min Ho serius nak kahwin, pasang impian ada anak sendiri

Min Ho serius mahu ada isteri dan anak sendiri di masa hadapan.

PELAKON Lee Min Ho sudah mula terfikir untuk menamatkan zaman bujang dan membina sebuah keluarga bersama wanita pilihannya.

Min Ho, 37, berkata, dia sedang mempertimbangkan perkara itu dengan serius memandangkan usianya juga sudah semakin lanjut.

“Apabila saya memandang ke hadapan untuk 15 tahun yang akan datang, saya sedang berusaha untuk mencari sesuatu berlawanan.

553-5

Min Ho pernah dikaitkan dengan Hye Kyo.

“Ini mungkin berkaitan dengan perkahwinan atau mempunyai anak.

“Bukannya saya ingin berkahwin sekarang, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya merenung dan mempertimbangkan tentang perkara itu dengan serius,” katanya.

Min Ho berkongsi perkara itu ketika sesi sidang media drama Pachinko 2 yang diadakan di Seoul, Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Song Hye Kyo dan Lee Min Ho semakin serius, peminat beri restu

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho tampil dalam iklan kosmetik, netizen panggil ‘pakcik’ tegur semakin berisi

Sebelum ini, Min Ho pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Song Hye Kyo.

Meskipun Hye Kyo pernah berkahwin dengan Song Joong Ki sebelum ini namun hubungan aktres berkenaan dengan Min Ho sangat disenangi peminat mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain