suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisdayanti buat pusingan U, kembali bertanding rebut jawatan Datuk Bandar selepas umum tarik diri

Krisdayanti kembali bertanding bagi merebut jawatan Datuk Bandar.

TIDAK sampai 24 jam mengumumkan mengundurkan diri bertanding bagi merebut jawatan sebagai Datuk Bandar di kawasan Batu di Indonesia, penyanyi Krisdayanti membuat pusingan U terhadap keputusannya.

Krisdayanti memberitahu keputusan menarik diri dibuat secara tergesa-gesa selain meragui kemampuannya untuk menggalas tanggunjawab besar.

NP-168

Tak sampai 24 jam, Krisdayanti kembali bertanding rebut jawatan Datuk Bandar.

“Saya akui keputusan itu dibuat disebabkan perasaan yang bercampur-baur. Tipulah kalau perasaan tak terganggu.

“Tapi tiada tekanan daripada sesiapa pun, sudah tiada ada rasa ragu atau bimbang. Insya-Allah saya akan teruskan bertanding dalam pilihan Datuk Bandar di Batu tahun ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti mengaku beberapa kali buat pembedahan plastik demi cantik di mata suami

ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti pernah terima RM5 sekali persembahan, bakar semangat cipta kejayaan

Jelasnya, dia sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan demi memenangi hati rakyat Indonesia.

“Memang rasa gelisah dengan tanggungjawab yang bakal dipikul, tapi saya sedih untuk bergerak terus serta berjuang untuk rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, Krisdayanti dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR RI) daerah Malang Raya sejak 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain