suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuba sembunyi cincin di jari, netizen dakwa Selena Gomez dan Benny Blanco sudah bertunang

selen1

NAMA penyanyi Selena Gomez menjadi bualan hangat selepas dikhabarkan sudah bertunang dengan teman lelakinya iaitu Benny Blanco.

Memetik laporan The News, Selena sempat berkongsi foto di Instagram memaparkan dirinya sedang bersiap untuk makan malam bersama Benny.

Gara-gara foto tersebut, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sudah bertunang selepas meletakkan emoji hati di bahagian jarinya manisnya.

selen1

Antara foto yang dikongsikan Selena di Instagram miliknya.

Ia seolah-olah Selena cuba menyembunyikan cincin yang diberikan Benny kepadanya.

Malah pasangan berkenaan dikhabarkan sedang bercuti bersama di sebuah pusat peranginan.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan masih lagi tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup perut buncit guna tangan, netizen dakwa Selena Gomez sedang hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez dijangkiti kutu daripada teman lelaki, anggap perkara romantik

Rata-rata peminat teruja dengan dengan khabar tersebut meskipun perkara itu masih belum disahkan lagi.

Untuk rekod, Selena dan Benny sudah menjalinkan hubungan sejak Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain