suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setahun simpan rahsia, Ryan Reynolds dedah akhirnya timang anak lelaki

Ryan teruja akhirnya timang anak lelaki.

SETELAH lebih setahun merahsiakan jantina cahaya mata keempatnya, pelakon Ryan Reynolds akirnya memaklumkan dia menimang bayi lelaki pada Februari tahun lalu.

Sudah lama menantikan kehadiran anak lelaki, Ryan, 47, teruja apabila impian tersebut tercapai.

"Saya nak berkongsi kepada semua, saya juga sekarang sudah ada anak lelaki.

Copy of Untitled - 2024-07-28T151016.678

Pasangan ini kini mempunyai empat orang cahaya mata.

"Saya sangat sayangkan dia dan saya sudah lakukan yang terbaik untuknya," katanya.

Sebelum ini, pelakon filem Deadpool itu dilaporkan enggan berkongsi jantina anaknya atas alasan menjaga privasi.

Dalam pada itu, Ryan turut berkongsi bayi tersebut diberi nama Olin ketika menghadiri acara gala filem terbarunya iaitu 'Deadpool and Wolverine'.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Reynolds dan Blake Lively rai ‘anniversary’ ke-10 di restoran pertama kali keluar ‘dating’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Deadpool, Ryan Reynolds dan isteri derma RM4 juta kepada mangsa Covid-19 yang kurang berkemampuan

"Saya nak berterima kasih kepada keempat-empat anak saya iaitu James, Inez, Betty dan Olin yang selalu berikan saya kekuatan selama ini," ujarnya.

Untuk rekod, Ryan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Blake Lively pada 2012 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Ryan juga pernah berkahwin dengan pelakon Scarlett Johansson pada 2008 namun mereka bercerai pada 2011.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain