suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perut nampak buncit, netizen minta Nayeon Twice pergi bersenam

Nayeon diminta untuk melakukan senaman sebelum membuat persembahan pentas.

PENAMPILAN anggota kumpulan Twice iaitu Nayeon menjadi perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan dilihat kelihatan agak berisi.

Menerusi foto yang tular di media sosial itu, Nayeon memakai baju menampakkan bahagian perut dan berseluar denim pendek sewaktu membuat persembahan di Waterbomb 2024 Music Festival awal Julai lalu.

Lebih menarik perhatian, foto-foto yang berjaya dirakam lensa kamera memperlihatkan bonjolan perut buncit penyanyi itu berada di bahagian atas seluar pendek yang dipakai.

nayeon1 - 1

Penampilan Nayeon (kiri) yang dikatakan berisi menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengkritik penampilan Nayeon dan menasihatinya untuk melakukan senaman.

"Nayeon kelihatan seperti naik berat badan sejak dia berhenti membuat promosi album.

"Dia (Nayeon) nampak seperti perlu melakukan senaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Nayeon Twice menang saman, reputasi tercalar gara-gara fitnah ibu bekas kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Nayeon tertekan siapkan album solo, tak sempat nak rehat dan makan

"Saya rasa lebih baik dia turunkan berat badan dulu sebelum membuat persembahan pentas," tulis netizen.

Meskipun begitu, ada juga peminat tampil mempertahankan Nayeon dan memberitahu penyanyi itu tidak bertambah berat badan sebaliknya pakaian yang digayakan terlalu ketat.

"Pakaian yang digayakan tidak sesuai dengannya, terlalu ketat.

"Saya tidak tahu kenapa orang memberikan kritikan terhadap berat badan dan bukan pakaiannya," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain