suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nayeon tertekan siapkan album solo, tak sempat nak rehat dan makan

Nayeon sibuk siapkan album solo sehingga tidak sempat makan.

NAYEON dari kumpulan Twice meluahkan rasa tertekan sepanjang pembikinan album solo pertamanya berjudul Im Nayeon.

Perasaan tersebut disebabkan dia merupakan anggota pertama dalam kumpulan Twice yang tampil dengan album solo.

Usaha keras dan segala penat lelah Nayeon berbaloi apabila lagu berjudul Pop menjadi viral dan turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas carta Billboard 200.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih tak dapat jumpa peminat, TWICE sudah lakukan yang terbaik sepanjang 2021

"Disebabkan saya anggota pertama Twice yang buat album solo dan melakukan persiapan sendiri, saya merasakan tekanan sejak awal pembikinan.

"Saya sangat bimbang dan tidak yakin. Namun amat berbangga kerana hasil yang sangat baik.

"Sepanjang menyiapkan album tersebut, saya tiada masa untuk diri sendiri sehingga tidak sempat nak makan.

"Apabila ia siap dan semua jadual promosi selesai, saya meraikan bersama rakan-rakan Twice yang lain dengan pergi makan malam bersama," ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain