suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jin BTS ‘bebas’ esok, Army diminta jangan serbu kem tentera

Army teruja menyambut kepulangan Jin.

ANGGOTA kumpulan BTS Jin bakal menamatkan latihan ketenteraan selama dua tahun pada 12 Jun 2024.

Pihak pengurusan Big Hit Entertainment sesi tamat latihan Jin akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan.

Susulan itu, pihak pengurusan penyanyi tersebut meminta agar peminat tidak datang ke kem bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kejadian tidak diingini.

Copy of Copy of Untitled (7)

Jin bakal menyambut ulang tahun ke-11 kumpulan BTS bersama peminat.

"Selepas dua tahun akhirnya Jin berjaya menamatkan latihan ketenteraan dan akan diraikan dalam sebuah acara tamat latihan bersama rakan-rakannya yang lain.

"Kami mohon jasa baik anda semua agar tidak datang ke kawasan kem bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kesesakan lalu lintas," kata wakil Big Hit Entertainment.

Jelasnya lagi, pihak mereka juga tidak mahu kehadiran peminat menggangu majlis yang turut melibatkan ramai pelatih askar lain.

"Hari tamat latihan turut membabitkan ramai askar yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat latihan ketenteraan 12 Jun, Jin BTS beri pelukan percuma buat 1,000 peminat bertuah

ARTIKEL BERKAITAN: Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari

"Anda boleh hantar ucapan dan kata-kata semangat kepada Jin di media sosial," ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan Jin akan memberikan 1,000 pelukan percuma kepada peminat bertuah menerusi acara Festa 2024 yang akan diadakan pada 13 Jun bersempena ulang tahun ke-11 penubuhan BTS.

Jin adalah anggota BTS pertama yang menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022.

Enam lagi anggotanya iaitu J-Hope, Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook masih lagi dalam latihan dan akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain