suria

Isteri Denny Sumargo mengidam pakai berlian ketika hamil, makan strawberi premium RM29 sebiji 

Denny teruja bakal menjadi bapa.

PELAKON Denny Sumargo mendedahkan isterinya sedang melalui fasa mengidam ketika usia kandungan anak pertama mereka memasuki usia lima bulan.

Denny, 41, berkata, isterinya iaitu Olivia Allan mengidam pelbagai perkara pelik seperti mahu makan buah strawberi premium yang berharga RM29 seketul selain mahu memakai berlian.

Bagaimanapun kata Denny, meskipun 'selera' Olivia luar biasa ketika hamil namun setakat ini dia akan cuba mendapatkan sendiri apa diinginkan tanpa meminta daripadanya.

denny sumargo 1

Denny gembira melihat isteri melalui fasa hamil.

"Olivia tidak banyak berpantang cuma apa diidamkan agak pelik. Dia mahu makan strawberi bersaiz besar yang harganya mencecah RM29 sebiji! Malah mengidam berlian.

"Dia bukanlah seorang yang suka barang mewah atau berbelanja besar. Jadi apa diidamkan itu bukan dibuat-buat.

"Tetapi yang bagusnya Olivia tak pernah menyusahkan saya. Apa dimahukan dia beli sendiri. Kemudian dia akan bawa pulang untuk saya juga rasa," katanya.

Ini merupakan kehamilan keempat Olivia selepas tiga kali keguguran selepas mereka mendirikan rumah tangga pada November 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih lihat isteri ingin timang anak, Denny Sumargo harap segera dikurniakan zuriat

ARTIKEL BERKAITAN: Seks jadi dingin, hilang nafsu terhadap isteri... Denny Sumargo hampir cerai lepas 3 bulan kahwin

Berkongsi pengalaman sukar mendapatkan cahaya mata, Denny juga menasihatkan pasangan suami isteri agar tidak berputus asa.

"Kami rasa dan faham bagaimana pasangan suami isteri yang sukar mendapatkan anak. Kepada mereka yang mengalami nasib sama, jangan pernah patah semangat.

"Jangan saling menyalahkan terutamanya isteri sebab mungkin lelaki juga bermasalah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain