suria

Baru masuk 3 tahun, anak Zayn Malik mahu jadi penyanyi 

Khai merupakan anak hasil hubungan Zayn dan Gigi Hadid.

PENYANYI Zayn Malik percaya anaknya iaitu Khai bakal mengikut jejak langkahnya kerana mempunyai kecenderungan dalam bidang muzik.

Zayn, 31, berkata, walaupun baru berusia tiga tahun namun Khai sudah mampu menghafal lirik lagu selain menunjukkan minta terhadap alatan muzik.

"Saya tahu ia kedengaran seperti tidak masuk akal sebab dia baru berusia tiga tahun tetapi usahanya dalam muzik sangat mengagumkan.

Zayn 1

Gigi dan Zayn kini sudah berpisah.

"Dia hafal lirik lagu yang disukainya. Khai juga boleh mengingati nota dan melakukan 'runs' dnegan pelbagai nota lagu.

"Saya kagum dan tak sabat melihat apa dia mampu lakukan apabila sudah dewasa nanti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Scarlett Johansson bakal bintangi filem ‘Jurassic World’, dijangka tayang 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Areum masuk hospital selepas cuba bunuh diri... Pernah kongsi kisah didera suami

Malah kata Zayn, Khai juga tahu dia adalah seorang penyanyi terkenal.

"Setiap kali dia dengar lagu, dia akan tanya sama ada bapanya yang menyanyikan lagu didengarinya," katanya.

Untuk rekod, Khai merupakan anak hasil hubungan di antara Zayn dan model Gigi Hadid pada 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain