suria

Scarlett Johansson bakal bintangi filem ‘Jurassic World’, dijangka tayang 2025

Scarlett dikhabarkan bakal membintangi filem Jurassic World.

PELAKON Avengers, Scarlett Johansson dikhabarkan bakal membintangi filem ‘Jurassic World’ yang akan ditayangkan pada tahun 2025.

Ketika khabar angin bertiup kencang dalam kalangan peminat filem, pihak Universal Pictures serta wakil Scarlett bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi berkenaan ini.

Scarlett 2

Scarlett masih memilih untuk mendiamkan diri.

Dalam perkembangan lain, portal Hollywood Reporter melaporkan Gareth Edwards akan mengarahkan filem ini dibantu oleh Park David Koepp.

Bagaimana pihak produksi dikatakan sedang menyusun semula watak-watak bagi filem ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan serangan seksual, dua kediaman Diddy digeledah polis

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa minta duit nafkah daripada Ria Ricis, Teuku Ryan bagi amaran jangan burukkan namanya

Scarlett sebelum ini membawakan watak Black Widow dalam beberapa filem Marvel Studios, termasuk siri Avengers.

Sebelum ini Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard, membintangi bagi trilogi Jurassic World Fallen Kingdom (2018) dan Dominion (2022).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain