suria

Muat naik video ceramah tentang nafkah zahir dan batin, Oki Setiana Dewi dituduh sindir adik ipar

Oki menjelaskan isu nafkah zahir dan batin dalam ceramah.

VIDEO ceramah pendakwah bebas Oki mengenai isu nafkah suami isteri yang dimuat naik baru-baru ini menimbulkan perbualan hangat netizen.

Oki atau Oki Setiana Dewi dikatakan menyindir adik iparnya Teuku Ryan apabila memuat naik video ceramah menjelaskan tentang hukum pemberian nafkah oleh suami.

"Lelaki menjadi pemimpin, kerana dia mempunyai tugas memberi nafkah termasuk nafkah zahir dan batin," katanya.

Untitled design (41)

Penjelasan Oki didakwa menyindir masalah rumah tangga adiknya.

Oki menjelaskan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada Khamis.

Menurut Oki, suami bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada isteri sebagai nafkah zahir.

"Sebetulnya yang paling penting itu keperluan asas termasuk ubat-ubatan, pakaian dan tempat tinggal, tetapi jika suami boleh beri lebih Alhamdulillah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis fail cerai, Teuku Ryan terdesak cari kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan komen di TikTok isteri undang padah, Ria Ricis dedah sudah lama diabaikan Teuku Ryan

Dalam pada itu, Oki berkata, nafkah batin pula melibatkan perasaan, berbeza dengan nafkah zahir.

"Salah satunya hubungan intim suami isteri, tapi nafkah batin juga termasuk rasa gembira, rasa tenang, rasa bahagia itu juga nafkah batin," katanya.

Walaupun Oki tidak menyebut sebarang pihak dalam ceramahnya, tetapi netizen merasakan ceramah itu sengaja ditujukan kepada adik iparnya, Ryan.

Untitled design (43)

Ria dan Ryan sedang menjalani proses penceraian.

Ini kerana, masalah keretakan rumah tangga antara Ria dan Ryan dikatakan berpunca dari isu sama.

"Semoga Ria dan Ryan, lihat ceramah ini. Kenapa ceramah dia ada kaitan dengan isu rumah tangga adik dia?

"Patut bagi Ryan dengar ceramah ini," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain