suria

Ikut jejak langkah Kanye West, North bakal lancar album pada usia 10 tahun

North pernah berkolaborasi bersama ayahnya, Kanye sebelum ini.

ANAK sulung penyanyi rap Kanye West dan Kim Kardashian bakal melancarkan album pertama tidak lama lagi.

North West yang baharu berusia 10 tahun dilaporkan memilih genre rap dan hip hop seperti mana diperjuangkan bapanya.

Kanak-kanak itu mengumumkan berita tersebut ketika hadir ke sebuah pesta bersma Kanye pada Ahad lalu.

Untitled design (16)

North bakal keluarkan sebuah album di usia 10 tahun.

North mendedahkan album sulungnya itu berjudul The Elementary School Dropout.

Dalam pada itu, tajuk albumnya mencuri perhatian kerana dikatakan diinspirasi daripada album pertama Kanye pada tahun 2004 iaitu The college Dropout.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim minta Kanye West nasihat isteri pakai baju, tak selesa anak-anak tengok Bianca separuh bogel

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar dedah Kanye West boleh kena jangkitan kuman, sukar kunyah makanan gara-gara gigi palsu titanium RM4 juta

North dan Kanye pernah berkolaborasi buat pertama kali menerusi lagu Talking/Once Again bersama penyanyi Ty Dolla Sign pada Februari lalu.

Lagu tersebut berjaya meraih tempat ke-30 Billboad Hot 100, justeru menjadikan North menjadi artis paling muda pernah masuk dalam carta tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain