suria

‘Oppenheimer’ Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-96

Barisan pengarah bagi filem Oppenheimer dari kanan, Emma Thomas, Christopher Nolan dan Charles Roven.

FILEM biopic Oppenheimer menepati ramalan apabila muncul sebagai pemenang kategori utama Filem Terbaik di Anugerah Oscar ke-96 yang berlangsung pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

Oppenheimer arahan Christopher Nolan itu berjaya mengalahkan tiga filem lain yang bertanding dalam kategori sama iaitu The Holdovers, American Fiction dan The Zone of Interest.

Christopher juga berjaya merangkul anugerah Pengarah Terbaik menerusi arahan cemerlangnya menerusi filem berkenaan.

oscar 4

Barisan pengarah dan pelakon Oppenheimer.

Hero filem Oppenheimer iaitu Cillian Murphy muncul sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik mengalahkan empat calon lain iaitu Bradley Cooper, Colman Domingo dan Jeffrey Wright.

Manakala Robert Downey Jr pula dipilih sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik hasil lakonannya menerusi filem sama.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik ia menjadi milik Emma Stone menerusi filem Poor Thing sekai gus menumpaskan tiga calon hebat lain iaitu Lily Gladstone, Annette Bening, dan Carey Mulligan.

ARTIKEL BERKAITAN: John Cena bikin kecoh di Anugerah Oscar, tampil berbogel di atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Heels’ 8 inci punya fasal, pelakon ‘Transformers’ dapat malu jatuh di karpet merah Oscar

Manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Da'Vine Joy Randolph menerusi filem The Holdovers.

Pasangan adik-beradik Billie Eilish dan Finneas' pula muncul sebagai pemenang bagi Lagu Terbaik menerusi runut bunyi (OST) filem Barbie iaitu What Was I Made For?

Ia kemenangan kali kedua pasangan itu menerusi kategori berkenaan selepas No Time To Die untuk filem James Bond pada 2022.

oscar 6

Billie Eilish dan Finneas pemenang bagi Lagu Terbaik.

Oppenheimer ditayangkan pada Julai 2023 dan ia merupakan adaptasi buku biografi American Prometheus nukilan Kai Bird dan Martin J. Sherwin mengisahkan Robert Oppenheimer dan penglibatannya dalam Projek Manhattan.

Sebelum ini, Oppenheimer berjaya mendapat dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat dan Kanda.

Anugerah Oscar ke-96 berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain