suria

3 helai rambut anggota kumpulan IVE dibida RM70,000, penjual sedia lakukan ujian DNA

Peminat rela berhabis duit untuk dapatkan rambut Wonyoung.

TIGA helai rambut anggota kumpulan IVE iaitu Won Young dilelong di Taiwan dengan harga yang sangat tinggi.

Memetik laporan Yahoo Taiwan, seorang peminat Won Young yang berasal dari China bertindak melelong rambut tersebut secara terbuka di paltform e-dagang.

Katanya, tiga helai rambut dipercayai milik penyanyi berkenaan dilelong dengan harga bermula RM 6,722 (AS$1,407).

ive

Bakal lakukan ujian DNA untuk sahkan pemiliknya.

Menurut butiran yang dikongsikan oleh penjual, mereka mengumpulkan helaian rambut tersebut semasa IVE mengadakan konsert di tempatnya.

Mereka juga akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan rambut berkenaan milik penyanyi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh kurus kering kembali normal, peminat lega Wonyoung IVE ikut nasihat tambah berat badan

ARTIKEL BERKAITAN: Wonyoung IVE terlalu kurus, peminat bimbang alami gangguan pemakanan

Tidak sampai beberapa jam lelongan tersebut dibuat seramai 15 orang pembida bersedia untuk membida dengan harga tertinggi.

Malah seorang pembida berjaya mendapatkan tiga helai rambut tersebut dengan harga RM 70,000 (AS$14,494).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain