suria

Foto mirip suami cium lelaki lain tersebar, Ham So Won tunjuk bukti Jin Hua bukan homoseksual

So Won tampil menjawab isu suami cium lelaki lain.

KISAH rumah tangga pelakon Korea Selatan Ham So Won dan suami iaitu Jin Hua sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila lelaki itu didakwa mengamalkan hubungan sonsang di belakang isterinya.

Ia susulan tular foto dipercayai Jin Hua, 30, bercium dengan seorang lelaki tidak dikenali secara terbuka di tempat awam.

Tampil mempertahankan suaminya, So Won, 48, meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan foto yang tersebar sebaliknya meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

ham so won 2

So Won nafi suaminya curang dengan lelaki lain.

"Jika anda amati dengan teliti, memang lelaki itu seakan-akan Jin Hua. Saya lebih mengenali wajah suami saya, sila lihat dan pastikan sebelum buat tuduhan melulu.

"Saya ingin jelaskan lelaki yang bercium dalam gambar berkenaan bukan Jin Hua," katanya.

So Won turut membuat perbandingan dengan memuat naik gambar tersebut bagi membuktikan dakwaan dilemparkan adalah palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh buat pembedahan plastik, BoA dedah tabiat suka gigit bibir punca muka berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan kenal di ‘dating app’, wanita buat pendedahan Zayn Malik ajak lakukan seks bertiga

Sebelum ini, So Won pernah menjadi perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan Jin Hua yang 18 tahun lebih muda daripadanya.

Susulan pelbagai tekanan diterima pasangan itu, So Won pernah membuat keputusan bercerai dengan Jin Hua apatah lagi kontroversi itu memberi kesan kepada ibu bapa mentuanya.

So Won memberitahu dia mahu bercerai dan berharap suaminya itu dapat bertemu wanita lebih baik berbanding dirinya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2018 namun tidak mendapat keizinan keluarga kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain