suria

Bobby Deol tahan nafas rakam adegan mesra, mulut Manisha Koirala bau busuk

Bobby dedah disebalik kejayaan filem Gupt.

GANDINGAN pelakon Bobby Deol dan Manisha Koirala menerusi filem Gupt yang ditayangkan sekitar tahun 1997 cukup popular dalam kalangan penonton.

Bagaimanapun siapa sangka di sebalik sambutan luar biasa filem tersebut, ada kenangan melucukan bersama Manisa yang disimpan Bobby sehingga ke hari ini.

Menurut Bobby, mulut Manisha berbau busuk ketika mereka ingin merakamkan salah satu babak intim dalam filem berkenaan.

CpOn9-eW8AEexmP

Gandingan Manisha dan Bobby dalam filem Gupt dapat sambutan hangat.

Mulut Manisha berbau disebabkan dia menikmati hidangan yang mempunyai banyak bawang mentah sebelum memasuki set penggambaran.

"Dalam babak itu, Manisha perlu mendekatkan mukanya ke wajah saya dan menggigit dagu saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Manisha kecewa hanya ditawarkan watak 'cameo'

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika, Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan antara selebriti yang berdepan kemurungan

"Ketika dia merapatkan wajahnya, saya tercungap-cungap menahan nafas sebab tak tahan bau mulutnya yang busuk.

"Saya pelik macama mana saya berjaya lakukan babak itu dengan sempurna," katanya seperti dilaporkan Indianexpress.

Lebih melucukan apabila dia ingin membalas dendam terhadap Manisha dengan sengaja menikmati bawang mentah dalam sebuah filem lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain