suria

Senyuman dalam foto dikecam peminat, rakan tampil pertahan Tamara Tyasmara masih bersedih kehilangan anak 

Rakan-rakan Tamara yang mengunjunginya selepas kematian Dante.

PENULARAN foto pelakon Tamara Tyasmara yang tersenyum ketika bergambar dengan beberapa kenalan selepas kematian anak lelakinya menjadi pertikaian dalam kalangan peminat.

Tidak hanya tersenyum, Tamara dilihat tampil dengan jubah putih siap dnegan solekan pada wajah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sahabat pelakon itu, Kiki Farrel bagaimanapun menjelaskan Tamara masih dalam keadaan sedih atas kehilangan anaknya iaitu Dante.

tamara2 - 1

Tamara masih bersedih atas pemergian Dante.

Tamara tersenyum dalam foto berkenaan disebabkan mereka yang memaksanya kerana orang di sekeliling mahu menghiburkan hatinya yang sedang terluka ketika itu.

"Kalau dilihat pada foto tular itu memang Tamara kelihatan rapi dengan bermekap dan ceria. Tetapi saya sendiri ada di sana dan saat saya melawatnya keadaan dia tidak seceria itu.

"Kenapa foto itu nampak seperti Tamara ceria? Ya kerana kami (rakan-rakan) cuba untuk menghilangkan kesedihannya walaupun sudah tentu selepas kami pulang dia pasti akan sedih kembali," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan lemas tapi bunuh... Kekasih Tamara Tysmara ditahan, benam muka anak dalam kolam renang 12 kali

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek benam muka anak pelakon dalam air sebagai latihan pernafasan, bakal didakwa kerana membunuh

Dalam pada itu, Kiki memberitahu foto tersebut sudah disunting menggunakan aplikasi oleh salah seorang rakan mereka.

Tambah Kiki, keadaan diri Tamara semakin baik selepas tujuh hari kematian Dante dan aktres berkenaan sudah mampu untuk merapikan diri dengan kemas.

"Saya bandingkan foto yang ada pada saya dengan foto tular itu memang jelas banyak bezanya. Foto edit itu jelas kelihatan seperti Tamaran bermekap.

tamara1 - 1

Tamara didakwa tidak bersedih atas kematian anak.

"Sebenarnya pada hari pertama kematian Dante, Tamara kelihatan sangat tidak terurus. Mungkin selepas tujuh hari pemergiaan anaknya dia pelan-pelan cuba untuk bersiap rapi walaupun masih sedih," ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah foto memperlihatkan Tamara tersenyum gembita selepas kematian anaknya Dante atau Adante Khalif Pramudityo.

Foto tersebut menerima kecaman netizen yang menyifatkan pelakon berkenaan tidak menunjukkan kesedihan biarpun baharu kehilangan anak tersayang.

tamara3 - 1

Dante meninggal dunia akibat lemas di kolam renang.

Pada 27 Januari lalu, Dante, 6, meninggal dunia selepas lemas di sebuah kolam renang awam.

Bagaimanapun pada 6 Februari lalu, kubur mangsa digali semula selepas pihak polis mendapati terdapat unsur jenayah yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak malang itu.

Hasil siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan Dante yang sedang duduk ditepi kolam renang ditarik oleh Yudha sebelum kepalanya dibenamkan di dalam air sebanyak 12 kali.

Susulan bukti berkenaan, Yudha ditahan pada Sabtu lalu dan akan didakwa kerana membunuh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain