suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usher kahwin teman wanita di Las Vegas selepas persembahan Super Bowl

Usher dan Jennifer dilaporkan berkahwin di Las Vegas pada Ahad lalu.

PENYANYI Usher dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya iaitu Jennifer Goicoechea pada Ahad lalu.

Perkahwinan itu berlangsung pada hari sama Usher, 45, mengadakan persembahan di Super Bowl LVIII Halftime yang berlangsung di Las Vegas.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu berkahwin sebelum atau selepas persembahan itu berlangsung.

Usher

Usher baru sahaja mengadakan persembahan Super Bowl LVIII Halftime di Las Vegas pada Ahad lalu.

People melaporkan Usher dan Jennifer berkahwin di Vegas Weddings iaitu berhampiran dengan Little White Wedding Chapel yang cukup terkenal sebagai lokasi perkahwinan di Las Vegas.

Ibu Usher iaitu Jonnetta Patton turut menjadi saksi perkahwinan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Usher umum bercerai dengan Grace Miguel

ARTIKEL BERKAITAN: Bobby Deol tahan nafas rakam adegan mesra, mulut Manisha Koirala bau busuk

Sementara itu, Usher dan Jennifer yang juga eksekutif di Epic Records hadir berpakaian sedondon berwarna putih ke majlis parti Super Bowl.

Rakan penyanyi itu yang juga komposer Bryan-Michael Cox turut membuat ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan dalam ucapan semasa parti tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi, Usher turut dilihat memakai cincin perkahwinan di jari kirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia