suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah tak handsome! Peminat terkejut tengok wajah tembam Lee Min Ho

Peminat tetap setia walaupun wajah Lee Min Ho sudah berubah.

PERUBAHAN fizikal pelakon Lee Min Ho yang dilihat semakin berisi ketika menghadiri acara Merz Aesthetics Expo di Thailand baru-baru ini membuatkan peminat terkejut.

Menerusi video yang tular di media sosial, pelakon berusia 36 tahun itu mengenakan baju serba putih mesra menyapa peminat.

Namun wajahnya yang kelihatan semakin tembam menjadi bualan hangat peminat.

F26mRjHbwAAAP2a

Min Ho ketika beramah mesra bersama peminat di Thailand.

Ramai membuat spekulasi penambahan berat badan pelakon itu disebabkan dia sedang berehat daripada sebarang aktiviti lakonan ketika ini.

Menjengah ke ruang komen, netizen mengatakan Min Ho sudah tidak sekacak dulu dan wajahnya kelihatan berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Song Hye Kyo dan Lee Min Ho semakin serius, peminat beri restu

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘makan hati’ tengok Awal Ashaari, Scha Alyahya jumpa Lee Min Ho... Duduk sebaris siap berborak lagi

"Mungkin berat dia bertambah, sebab dia tengah bercuti sekarang ini.

"Walaupun nampak tembam tapi dia tetap Lee Min Ho saya!

"Biarlah dia berisi sikit, selepas ini dia boleh turunkan berat badan semula selepas mulakan projek baru," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain