ANAK kepada pelakon Sepanyol, Rodolfo Sancho Aguirre iaitu Daniel Sancho Bronchal ditahan pihak berkuasa Thailand berhubung kes pembunuhan seorang pakar bedah warga Colombia di Pulau Koh Pha Ngan pada Isnin. Anak kepada pelakon drama siri The Ministry of Time itu bekerja sebagai tukang masak dan dilaporkan berada di Thailand untuk bercuti. Sancho (baju hitam) mengaku bersalah atas tuduhan membunuh. Reuters melaporkan, Sancho menggembara ke tujuh lokasi termasuk pantai di mana lokasi suspek membuang beg plastik mengandungi bahagian anggota badan lelaki dikenali sebagai Edwin Arrieta Arteaga, 44. Sancho didakwa melakukan pembunuhan terancang dan menyembunyikan anggota mayat bagi menyembunyikan kematian mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Mulut lancang Salman Khan bawa padah, mafia hantar ugutan bunuh ARTIKEL BERKAITAN: Troye Sivan terima ugutan bunuh selepas muat naik video mengaku minat Hyunjin Lelaki berkenaan ditahan selepas polis menemui cebisan mayat di tapak pelupusan sampah di Koh Pha Ngan. Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan sudah melakukan ujian DNA ke atas mayat mengesahkan ia adalah anggota badan Arrieta. Selain itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi oleh ThaiPBS turut menunjukkan Sancho dan Arrieta menunggang sebuah motosikal bersama-sama beberapa hari sebelum mayat ditemui. Sementara itu, polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan sementara pihak berkuasa meneruskan pencarian baki anggota badan yang lain. Pada Ahad lalu, ahli keluarga Sancho meminta orang ramai supaya menghormati pihak keluarga dengan tidak mengeluarkan sebarang kecaman atau kritikan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!