suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sesak nafas ketika hubungan seks... Busta Rhymes kembali jaga kesihatan, turunkan berat badan

Busta berjaya turunkan berat badan selepas mengamalkan diet sihat.

PENYANYI rap Busta Rhymes berkongsi pengalaman cemas apabila sukar bernafas ketika sedang melakukan hubungan intim bersama bekas teman wanitanya.

Busta atau Trevor George Smith Jr, 51, berkata, kejadian itu juga telah memberi kesedaran kepadanya untuk menurunkan berat badannya yang mencecah 150 kilogram ketika itu.

"Saya mengalami kesukaran bernafas ketika itu, jadi saya bangun dan keluar dari bilik supaya dia (bekas kekasih) tidak panik melihat diri saya.

"Saya cuba bernafas namun rasa sukar. Saya rasa seperti serangan asma sedangkan sebelum ini tak pernah menghidap penyakit itu.

busta 2

Busta (kanan) kini kembali aktif membuat persembahan.

"Apabila kembali ke bilik, dia tegur tentang keadaan menimpa saya dan ia jadi satu tamparan besar. Katanya saya perlu turunkan berat badan," katanya.

Busta memberitahu berat badannya mula naik selepas kematian bapanya pada 2014 yang mana ketika itu dia tidak menjaga pemakanan atau bersenam.

"Selepas bapa meninggal dunia, saya sibukkan diri dengan kerja. Saya banyak mengambil minuman keras, merokok dan tidak menjaga pemakanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kanye West nampak penat, riak wajah macam tak gembira teman suami

"Pernafasan saya juga macam tersumbat sehingga memberi kesan kepada vokal saya," katanya.

Selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kilogram, lebih yakin untuk tampil di hadapan peminat membuat persembahan.

Malah dia juga mahu mendidik orang ramai supaya mengutamakan kesihatan terutama dalam hal pengambilan makanan berkhasiat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain