suria

Tolong ambil gambar pelancong ketika bercuti di Bali tular, peminat puji sikap rendah diri Gong Yoo

Gong Yoo bercuti di Bali, Indonesia.

PELAKON terkenal Gong Yoo menjadi perhatian peminat apabila dilihat membantu mengambil foto pelancong ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Kompas melaporkan bintang filem Train To Busan itu sedang bersantai di tepi kolam renang sebelum didekati seorang pelancong asing yang memintanya mengambil gambarnya.

Peminat yang memerhati pelakon Korea Selatan itu dari jauh sempat merakamkan aksi berkenaan sebelum ia menjadi tular di media sosial.

gongyoo2 - 1

Peminat teruja lihat Gong Yoo di Bali.

Dalam video tersebut, Gong Yoo dilihat tampil tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek berwarna hijau yang dipadankan dengan cermin mata hitam dan topi.

Foto yang viral di media sosial itu mengundang pelbagai reaksi peminat.

"Jauh-jauh datang ke Bali, tapi disuruhnya jadi tukang ambil gambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gong Yoo dedah perangai pelik Lee Dong Wook, suka hantar mesej sama dua kali

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Restoran Mirip Gong Yoo Jadi Perhatian

"Bang, itu Gong Yoo... Ada ke patut suruh Gong Yoo ambilkan foto," komen netizen.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai mogumogu berkongsi paparan skrin layar perbulan bersama kakaknya yang turut berjumpa Gong Yoo sedang bersantai di tepi pantai.

Untuk rekod, Bali sering menjadi destinasi bercuti selebriti Korea termasuk Kim Woo Bin, Ahn Bo Hyun dan Hyoyeon SNSD.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain