suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hani EXID akhirnya dedah wajah teman lelaki selepas 2 tahun bercinta

Hani kongsi gambar bapa bersama teman lelaki.

TIDAK mahu berselindung lagi, penyanyi dan pelakon Korea Selatan iaitu Hani EXID berkongsi gambar teman lelakinya yang dikenali sebagai Yang Jae Woong.

Memetik laporan Allkpop, teman lelaki Hani merupakan seorang pakar psikiatri yang terkenal dan ini kali selebriti berkenaan berkongsi gambar kekasihnya.

Perkara itu dikongsikan Hani menerusi akaun Instagram peribadi miliknya yang memaparkan dia bergambar bersama dua lelaki.

535352362

Hani bersama bapa dan teman lelaki.

Menerusi foto yang dikongsikan itu, difahamkan seorang lelaki agak berusia itu merupakan bapa Hani manakala seorang lagi ialah Yang Jae Woong.

Dalam foto tersebut, dapat dilihat ketiga-tiga mereka mengenakan perhiasan Teletubbies dan tersenyum gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Kepala Hani EXID Berdarah

ARTIKEL BERKAITAN: Hani EXID Artis Paling Kerap Muncul Di Program TV

Walau bagaimanapun, Hani menutup ruang komen foto berkenaan kerana tidak mahu menerima komen yang tidak seronok berkaitan kekasihnya itu.

Sebelum ini, Hani dan Yang Jae Woong mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Jun tahun lalu selepas bercinta hampir dua tahun.

Bagaimanapun, hubungan mereka menjadi perhatian ramai disebabkan perbezaan umur sebanyak 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia