suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Blackpink pertimbang jemputan buat persembahan di hadapan Presiden Korea Selatan dan AS

Blackpink menerima tawaran untuk membuat persembahan di hadapan Presiden AS.

KUMPULAN Blackpink dilaporkan bakal mengadakan persembahan acara pertukaran budaya di antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada akhir April ini.

Pihak pengurusan Blackpink, YG Entertainment memaklumkan kumpulan itu diberitahu akan mengadakan persembahan di hadapan Presiden Korea Selatan iaitu Yoon Suk Yeol dan Presiden AS, Joe Biden pada acara berkenaan.

Bagaimanapun kata wakil syarikat itu, pihak mereka sedang mempertimbangkan tawaran tersebut memandangkan jadual Blackpink yang padat.

BP1 - 1

Blackpink sedang mempertimbangkan tawaran yang diterima.

"Blackpink telah menerima tawaran untuk membuat persembahan di acara makan malam antara Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Korea, Yoon Suk Yeol.

"Mereka kini sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink nyaris dapat malu besar, kancing baju tercabut ketika asyik menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jisoo Blackpink catat rekod artis K-pop wanita hampiri 1 juta pra-tempahan album solo

Yoon bakal berangkat ke AS pada 26 April, di mana beliau akan menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden AS dan makan malam bersama.

Difahamkan, penyanyi Lady Gaga turut dijemput untuk membuat persembahan pada acara itu bersama Blackpink.

Kedua-dua mereka sebelum ini pernah bekerjasama menerusi lagu Sour Candy untuk album studio keenam Lady gaga berjudul Chromatica.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia