suria

Kulit Kepala Hani EXID Berdarah

Hani tukar warna rambut untuk album baharu.

ANGGOTA kumpulan EXID, Hani dilaporkan mengalami pendarahan pada kulit kepala gara-gara beberapa kali mewarna rambut.

Menurut laporan Allkpop, Hani menukar warna rambutnya sebanyak lima kali sebagai persiapan untuk promosi album baharu mereka.

Selepas melalui proses menyakitkan itu, Hani akhirnya tampil dengan rambut berwarna ungu.

Jelasnya, dia mahu tampil dengan gaya yang lebih menyerlah kerana sudah lama kumpulannya tidak muncul dengan lagu baharu.

Hani membuat pendedahan mengejutkan itu sewaktu persembahan kumpulannya pada 7 November lalu.

EXID kini dalam rangka promosi album mini keempat mereka yang berjudul Full Moon.

Hani EXID

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain