Eunhyuk (Super Junior) Dihalang Buat Pembedahan Plastik - Bintang Global | mStar

Eunhyuk (Super Junior) Dihalang Buat Pembedahan Plastik

Eunhyuk mendedahkan dia pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik kerana kurang yakin dengan penampilannya.

PENYANYI Eunhyuk dari kumpulan Super Junior mendedahkan dia pernah terfikir untuk menjalani pembedahan plastik namun hasratnya itu dibantah oleh syarikat pengurusannya SM Entertainment.

Eunhyuk berkata, dia ingin mengubah penampilan diri kerana sering menjadi mangsa buli siber yang menghina rupa parasnya.

"Semasa di awal kemunculan bersama Super Junior saya memang tidak berasa yakin dengan penampilan diri kerana sering menjadi mangsa buli siber.

"Ada sahaja tidak kena mengenai diri saya sehingga ia membuatkan saya berasa rendah diri dan ingin melakukan pembedahan plastik.

Wajah Eunhyuk ketika di awal kemunculan sebagai penyanyi.

"Bagaimanapun hasrat itu dibantah oleh syarikat pengurusan saya," katanya seperti dilaporkan Koreaboo.

Eunhyuk mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam sebuah program bual bicara bersama anggota Super Junior yang lain iaitu Heechul, Leetuk, Shindong dan Donghae.

Dalam pada itu, Eunhyuk memberitahu SM Entertainment menghalangnya daripada melakukan pembedahan kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada wajahnya dan tidak mahu dia menyesali dengan tindakannya itu.

"Mereka bukannya membantah pembedahan plastik tetapi bimbang kesan pada masa akan datang kepada diri saya yang mungkin membuatkan saya menyesal nanti.

"Tetapi saya gembira kerana mendengar kata pihak pengurusan dan sepatutnya menerima diri sendiri seadanya," katanya.

Eunhyuk , Super Junior

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mariah Carey Buat Pembedahan Perut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Mereka tidak layak cakap pasal hoki"

Marcelo akui Real Madrid rindu Ronaldo