suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diplo Kritik Muzik Taylor Swift

PENERBIT muzik terkenal DJ Diplo sekali lagi 'menyerang' Taylor Swift apabila menyifatkan muzik diperjuangkan penyanyi itu sebagai membosankan.

Hollywood Life melaporkan, Diplo, 38, memberitahu lagu menerusi album terbaharu Taylor yang berjudul Reputation sudah ketinggalan zaman.

Malah kata Diplo, dia lebih sanggup mendengar lagu-lagu daripada penyanyi yang tidak dikenali kerana ia lebih bagus berbanding muzik diperjuangkan Taylor.

"Trend muzik pada hari ini ditentukan oleh orang muda dan mereka sebenarnya sudah tidak mahu mendengar lagu seperti Look What You Make Me Do nyanyian Taylor," katanya.

Bagaimanapun Taylor tidak memberi respon terhadap kenyataan Diplo itu.

Pada 2014, Diplo pernah menghina bentuk tubuh Taylor dengan mengatakan penyanyi itu mempunyai punggung leper.

Diplo, Taylor Swift

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia