suria

Miley Cyrus, Liam Hemsworth Kahwin Rahsia

Miley Cyrus dan Liam Hensworth dilihat memakai cincin perkahwinan di jari manis mereka.

PASANGAN Miley Cyrus dan Liam Hemsworth masing-masing dilihat memakai cincin perkahwinan ketika keluar bersiar-siar di Georgia pada Rabu lalu.

Daily Mail melaporkan pasangan itu juga dikatakan sudah berkahwin secara rahsia enam bulan lalu.

Sebelum ini Liam, 27, sudah pun dilihat memakai cincin perkahwinan walaupun menafikan dia sudah berkahwin dengan Miley.

Sebaliknya, Liam menyifatkan cincin yang dipakai di jari manisnya adalah sebagai 'cincin janji' dan sumber terdekat pasangan itu juga mengesahkan mereka belum berkahwin.

Dalam pada itu, sumber lain pasangan itu pula memberitahu perkahwinan yang berlangsung pada April lalu itu hanya dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat sahaja.

Malah mereka sendiri tidak mengetahui Miley dan Liam akan berkahwin.

Tambahnya lagi, baik Miley atau pun Liam, mereka tidak bercadang untuk bercakap mengenai perkahwinan mereka kepada umum.

Miley dan Liam mula bercinta ketika bertemu di set penggambaran filem The Last Song pada 2009 sebelum mengikat tali pertunangan pada 2012.

Bagaimanapun ikatan pertunangan itu putus pada tahun berikutnya dan mereka kembali bersama pada 2016.

Sejak itu, Miley dan Liam sangat menjaga privasi hubungan mereka daripada pengetahuan umum.

Miley Cyrus, Liam Hemsworth

Artikel Lain