suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama Seventeen kekal... Ifan tak fikir tubuh kumpulan baharu

Ifan selesa bergerak solo selepas kehilangan rakan-rakannya.

PENYANYI Ifan Seventeen menegaskan dia tidak akan bergabung dengan mana-mana kumpulan baharu dalam kerjaya seninya selepas tragedi yang menimpa rakan-rakannya pada tahun 2018.

Baginya kumpulan asal Seventeen yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang penyanyi dan tiada orang boleh menggantikan keserasian mereka dalam muzik.

"Saya tidak akan tubuhkan band lain dan memang tidak pernah ada niat ke arah itu. Saya sentiasa memikirkan rakan-rakan Seventeen yang telah menjadikan saya sebagai vokalis sehingga akhir hayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan Seventeen dan isteri buat rawatan IVF kali kedua... masalah kesihatan bukan punca sukar mengandung

"Jadi sebab itu saya sentiasa berpegang bahawa mereka anggota Seventeen yang terus kekal. Tiada akan ada band lain buat saya," katanya seperti yang dipetik dari Detik.

Kata Ifan lagi, nama Seventeen juga sudah cukup kuat dalam dirinya dan menerusi kumpulan itulah dia mula bertapak dalam industri.

"Nama Seventeen juga akan terus melekat dengan saya kerana ia akan sentiasa mengingatkan saya dari masa diri ini berasal," ujarnya.

Dalam kejadian tsunami Selat Sunda pada Disember 2018, tiga anggota Seventeen terkorban di bawa arus deras ketika mereka sedang membuat persembahan di Tanjung Lesung, Banten.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain