suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi curang, pelakon Jonathan Majors ditahan kerana belasah kekasih

Jonathan mengaku tidak bersalah pukul kekasih.

PELAKON Jonathan Majors ditahan polis di New York City, Amerika Syarikat pada Ahad atas dakwaan mencekik, menyerang dan mengganggu teman wanitanya.

Menurut laporan TMZ, pergaduhan mula berlaku di dalam sebuah teksi ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas makan malam bersama.

Mangsa mengesyaki Jonathan ada hubungan dengan wanita lain dan cuba berbincang perkara tersebut sebelum diserang.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun nampak bahagia, Reese Witherspoon umum cerai

Akibat kejadian tersebut, teman wanitanya itu mengalami calar di bahagian muka dan luka pada telinga.

Sementara itu Jonathan pula ditahan selepas pihak polis mendapati bukti kukuh untuk berbuat demikian dan telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Wakil kepada pelakon filem Ant-Man itu bagaimanapun menegaskan Jonathan tidak bersalah.

"Dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Kami akan cari jalan untuk membersihkan namanya dan menjelaskan hal sebenar," jelas wakil berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain