suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 tahun nampak bahagia, Reese Witherspoon umum cerai

Reese ambil keputusan berpisah kerana tiada persefahaman.

PELAKON Reese Witherspoon mengumumkan perceraian dengan dengan suaminya Jim Toth selepas hampir 12 tahun hidup bersama.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya, Reese akui keputusan untuk berpisah bukanlah suatu yang mudah buat mereka berdua.

Reese dan Jim juga setuju untuk lebih memberi fokus membesarkan anak mereka bersama meskipun sudah berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid harap dapat jalani Ramadan dengan tenang dan penuh keberkatan

“Kami membuat satu keputusan yang sukar iaitu untuk berpisah. Kami menikmati waktu bersama dan akan terus hidup dengan kasih saya serta kesefahaman yang telah kami cipta.

“Keutamaan kami sekarang adalah anak dan juga seluruh ahli keluarga. Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah dan terlalu peribadi.

“Kami sangat menghargai semua orang dapat memberi menghormati privasi kami di waktu sukar ini,” ujarnya.

REESE 2

Reese dan Jim akan besarkan anak mereka bersama.

Sementara itu memetik laporan People, kedua-dua mereka berusaha sebaik mungkin mencari jalan agar anak mereka mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya dari kedua ibu bapa.

Reese dan Jim berkahwin pada Mac 2011 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun.

Pelakon Legally Blonde ini juga mempunyai dua orang anak lain hasil perkahwinan pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia