suria

Nikita Mirzani kagum teman lelaki mahu berpuasa, dalami agama Islam

Nikita Mirzani kongsikan teman lelaki mualaf mula belajar puasa.

PADA awal Januari lalu, teman lelaki pelakon kontroversi Indonesia Nikita Mirzani iaitu Antonio Dedola memeluk agama Islam.

Berkongsi perkembangan jejaka berasal dari Jerman itu, Nikita memberitahu kedatangan bulan Ramadan menyuntik semangat buat Antonio untuk cuba berpuasa.

Meskipun ini kali pertama Antonio berpuasa namun Nikita memberitahu dia memuji usaha lelaki tersebut yang bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama Islam.

"Antonio sudah berpuasa sejak semalam, dia masih lagi belajar berpuasa," katanya menerusi Instipseleb.

336276960_968336287872909_3522201705945286698_n

Nikita dan Antonio dianggap pasangan bahagia.

Dalam pada itu, Nikita juga memberitahu bahawa Antonio tidak terkejut dengan cara hidup orang Islam memandangkan dia juga tinggal dalam kalangan komuniti Muslim di Jerman.

Tambah Nikita, teman lelakinya itu terbuka hati memeluk Islam selepas melihat dia dan keluarga menunaikan solat dan membaca al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani tuduh Ivan Gunawan kaki bomoh, cuba hantar sihir agar dia bisu dan cacat

ARTIKEL BERKAITAN: Berzina tapi solat Subuh tak tinggal - Nikita Mirzani

"Dia masuk Islam sebab Jerman banyak beragama Islam. Di sini (Indonesia) pun majoriti adalah Muslim.

Malah apabila dia lihat pembantu, anak-anak serta saya menunaikan solat dan membaca al-Quran dia jadi ingin tahu sebab itu akhirnya dia memeluk agama Islam," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain