suria

Hadiah istimewa sempena Krismas... Isteri Randy Pangalila umum hamil anak kedua

Randy teruja terima hadiah Krismas bakal timang anak kedua Jun tahun depan.

HADIAH paling istimewa sempena sambutan Krismas... Isteri kepada pelakon Randy Pangalila iaitu Chelsey Frank berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata kedua, tahun depan.

Menerusi hantaran di Instagram, Chelsey memuat naik gambar alat ujian kehamilan bersama dengan sekeping kad ucapan memberitahu ini merupakan hadiah Krismas untuk mereka sekeluarga.

Chelsey kongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya

"Santa bagi kejutan kepada kami tahun ini. Bayi nombor dua dalam perjalanan," katanya.

Sementara itu, Randy pula meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Krismas tahun ini bersama anak perempuan dan isteri tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Acha Septriasa hamil anak kedua, kongsi foto ‘baby bump’ di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu lonjakkan kembali nama, Randy Pangalila rindu berlakon di Malaysia

"Krismas tahun ini tidak akan sama tanpa awak. Saya sangat rindukan awak dan Blair. Saya berharap boleh berada di sana dan menyambut Krismas bersama-sama. Tetapi doa saya untuk awak dan Blair akan sentiasa ada," katanya.

Untuk rekod, Randy berkahwin dengan Chelsey Frank pada 19 Januari 2019 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Blair Willow Pangalila yang kini berusia satu tahun sembilan bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain