suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasatan kematian Tunisha Sharma semakin rumit… Polis kesan mesej bekas kekasih dengan wanita lain, mungkin jadi punca bunuh diri

Sheezan dikaitakan dengan punca kematian Tunisha.

KEMATIAN pelakon Tunisha Sharma yang dijumpai tidak bernyawa ketika berada di set penggambaran terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Susulan kes tersebut, bekas teman lelakinya iaitu Sheezan Khan yang juga merupakan seorang pelakon ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Hasil penemuan awal pihak berkuasa mendapati hubungan Sheezan dan Tunisha sudah berakhir 15 hari sebelum aktres itu ditemukan tergantung pada kipas siling.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca kematian Tunisha Sharma didakwa ada kaitan dengan kekasih, pelakon Sheezan Khan ditahan polis

Kemudian polis menemukan perbualan antara Sheezan dengan seorang wanita lain di aplikasi Whatsapp yang dikatakan boleh mendorong kepada kematian Tunisha.

Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan, ramai yang mula membuat spekulasi bahawa Tunisha mengambil tindakan bunuh diri kerana tertekan dengan hubungan tersebut.

Sheezan ditahan pihak polis pada 27 Disember lalu selepas keluarga Tunisha membuat laporan selang tiga hari kematiannya.

Pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan sama ada kes ini adalah bunuh diri atau melibatkan jenayah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia