suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Netizen cerca wajah terkini Song Hye Kyo, dakwa nampak tua berbanding usia sebenar

Song Hye Kyo didakwa sudah nampak tua.

KEMUNCULAN pelakon Song Hye Kyo pada sidang media drama lakonan terbaharunya iaitu The Glory di Korea Selatan baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Kelibat Hye Kyo menjadi topik hangat di media sosial apabila wajah aktres itu didakwa kelihat lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 41 tahun.

"Dia sudah tua. Dia tak mampu untuk melawan masa. Hye Kyo kelihatan jauh lebih berusia sekarang.

song2 - 1

Penampilan terbaharu Hye Kyo mendapat perhatian netizen.

"Sebelum ini saya sering menonton drama lakonannya kerana dia cantik tetapi sekarang mungkin fikir dua kali," komen netizen.

Bagaimanapun, ada netizen turut membela pelakon drama Descendant of The Sun itu dan menganggap isu diperdebatkan adalah perkara biasa memandangkan usia Hye Kyo sudah melepasi 40 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Song Hye Kyo berbekas akibat ditampar Lim Ji Yeon, terpaksa 'touch up' solekan

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej rambut panjang dan berjanggut, Hyun Bin semakin kacak sejak jadi daddy

"Foto-foto itu hanya diambil dengan sudut kamera yang pelik. Dia berusia lebih daripada 40 tahun, sudah tentu akan kelihatan sedikit tua.

"Adakah salah kalau memang benar dia sudah berusia?" kata netizen lagi.

Menerusi drama bersiri yang bakal ditayangkan bermula 30 Disember ini, Hye Kyo memegang watak sebagai seorang wanita yang mengalami trauma dan ingin membalas dendam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia