suria

Song Joong Ki tayang kekasih minah salih, ada peminat dakwa nampak di klinik ibu mengandung

Joong ki jalan beriringan dengan teman wanita di lapangan terbang.

SUSULAN pengakuan Song Joong Ki hatinya sudah dimiliki, timbul khabar angin lain mendakwa teman wanitanya dikatakan sedang hamil anak pelakon popular Korea Selatan berkenaan.

Allkpop melaporkan, berita mengenai kehamilan wanita British itu menjadi kecoh apabila seorang netizen meninggalkan komen mendakwa rakannya melihat pasangan itu di sebuah klinik pakar obstetrik-ginekologi baru-baru ini.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan aktor berkenaan enggan mengesahkan mengenai gosip terbaharu itu dan memberi alasan tidak mencampuri urusan peribadi Joong Ki.

sjk1 - 1

Joong Ki dan kekasih berpakaian sedondon.

Malah pihak agensi tidak tahu menahu mengenai satu lagi dakwaan mengatakan pasangan itu bakal mengikat tali pertunangan.

Dalam pada itu, Joong Ki dilihat semakin terbuka tentang hubungan dengan wanita yang tidak diketahui namanya itu malah tidak cuba berselindung hatinya sudah ditawan.

Malah aktor itu turut memperkenalkan kekasihnya kepada pasukan produksi pada sidang media drama Reborn Rich yang diadakan di Singapura pada 7 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Reborn Rich' sedarkan Song Joong Ki tentang kekayaan, belajar bahasa Inggeris melalui 'The Crown'

ARTIKEL BERKAITAN: Imbau kenangan jadi extra, Song Jong Ki tak gementar pertama kali depan kamera

Pasangan itu juga dilihat jalan beriringan bersama ketika tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan pada 9 Disember 2022.

Kelibat mereka juga menepis khabar angin kononnya Joong Ki ada hubungan dengan Kim Tae Ri.

Untuk rekod, Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam drama Descendants of The Sun namun perkahwinan itu tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai pada Julai 2019.

Joong Ki dan Hye Kyo bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain