suria

Video Omega X kena herdik dengan pihak pengurusan tersebar, diugut bayar RM3.5 juta untuk batalkan kontrak

Isu Omega X dengan syarikat pengurusan semakin panas.

ISU antara kumpulan Omega X yang didakwa menerima layan buruk daripada ketua pegawai eksekutif syarikat pengurusan Spire Entertainment terus mendapat perhatian peminat.

Selepas didakwa menjadi mangsa dera secara fizikal dan mental, terbaharu kesemua 11 anggota kumpulan itu diminta membayar wang sebanyak AS$760,000 (RM3.5 juta) sebagai pampasan jika ingin dilepaskan daripada kontrak.

Masalah di antara mereka timbul apabila CEO syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Kang didakwa berang gara-gara Omega X tidak mengucapkan terima kasih kepada peminat ketika mengadakan persembahan di Los Angeles baru-baru ini.

Kang turut mengherdik di tempat awam dan rakaman insiden tersebut tular di media sosial sebelum ini.

omega x

Omega X dipaksa membuat persembahan walau terkena jangkitan Covid-19.

Tidak hanya itu, bos syarikat itu turut mengamuk apabila anggota kumpulan itu tidak membuka pintu bilik hotel mereka selepas diketuk beberapa kali.

Lebih malang, mereka ditinggalkan terkapai-kapai di lapangan terbang dan terpaksa meminjam wang daripada keluarga untuk pulang ke Korea Selatan dari Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota D-Crunch bergerak solo, pengurus umum kumpulan itu dibubarkan

Soompi melaporkan Omega X juga dipaksa membuat persembahan meskipun ada dalam kalangan anggotanya disahkan terkena jangkitan Covid-19 selepas melakukan ujian.

Susulan insiden tersebut, peminat kumpulan itu memulakan bantahan terhadap wanita berkenaan dan menggesa dia meletakkan jawatan.

Sementara itu, pengerusi bersama syarika tersebut dikenali sebagai Hwang mengakui kesilapan dilakukan Kang namun dalam masa asma memberi amaran Omega X akan terima balasan di atas sikap mereka.

"Saya tahu tindakan CEO itu salah tapi saya tidak suka dengan sikap Omega X. Kamu semua akan terima akibat," katanya.

Terbaharu, Omega X dilihat membuka akaun Instagram baharu tanpa meletakkan nama Spire Entertainment sebagai syarikat pengurusan mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain