suria

Suga (BTS) positif Covid-19 selepas pulang dari AS, mujur tiada simptom

Suga dijangkiti virus tersebut setelah pulang daripada konsert secara bersemuka di Amerika Syarikat.

AHLI kumpulan BTS iaitu Suga disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari konsert di Amerika Syarikat.

Menurut syarikat pengurusan BTS, Big Hit Music, Suga, 28, disahkan dijangkiti virus itu pada Jumaat sewaktu kuarantin kendiri selepas pulang ke Korea pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin (BTS) guna nama bapa, senyap-senyap derma RM350,000 kepada pertubuhan pesakit polio

"Suga disahkan menghidap Covid-19 pada Jumaat, 24 Disember semasa kuarantin kendiri selepas mengambil ujian PCR sekembalinya ke Korea pada 23 Disember.

"Suga melengkapkan dos kedua vaksinasi Covid-19 pada akhir Ogos dan tidak menunjukkan sebarang gejala setakat hari ini. Dia kini menjalani tempoh kuarantin di rumah mengikut garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan," kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Big Hit Music memberitahu bahawa mereka menitikberatkan kesihatan artis di bawah jagaannya dan memastikan agar Suga pulih dengan segera.

"Syarikat meletakkan kesihatan artis sebagai keutamaan kami dan kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu Suga dalam pemulihan yang cepat.

"Kami juga akan bekerjasama dengan tekun dengan permintaan dan garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan," ujarnya.

Sementara itu, BTS akan berehat pada penghujung tahun ini untuk persediaan konsert dan album baharu. -SOOMPI -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain