suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IU bermurah hati derma RM700,000 untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, meriahkan sambutan Hari Natal

IU mahu berkongsi perasaan kemesraan dan membantu golongan yang memerlukan.

PELAKON dan penyanyi Korea, IU berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan menderma sebanyak 200 juta Won (RM700,000) sempena sambutan Hari Natal kepada ChildFund Korea.

"Ini adalah masa yang sukar dan semua orang keletihan, tetapi saya ingin berkongsi perasaan gembira dan membantu mereka yang memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: IU akhirnya mengaku ada masalah psikologi, sentiasa rasa ‘self-hate’ sejak kecil

"Saya berharap semua orang dapat menghabiskan musim sejuk tanpa ada seorang pun yang diabaikan," katanya.

Sebahagian daripada sumbangan itu akan digunakan oleh ChildFund Korea bagi pihak keluarga berpendapatan rendah untuk menampung kos perbelanjaan dan mendapatkan pakaian tebal untuk musim sejuk.

Sumbangan itu juga akan disalurkan sebagai biasiswa untuk kanak-kanak dan belia yang dibesarkan oleh datuk dan nenek mereka.

Bukan itu sahaja, wang tersebut turut digunakan oleh Hospital ASAN Seoul untuk membayar rawatan serta pembedahan wanita dan kanak-kanak yang menghidap kanser. -SOOMPI -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia