suria

Daniel Craig tidak setuju Amazon tayang ‘spin-off’ James Bond, bimbang hilang penonton pawagam

'No Time To Die' merupakan filem terakhir Daniel Craig dari francais tersebut.

PELAKON Daniel Craig tidak bersetuju dengan cadangan Amazon untuk menayangkan 'spin-off' James Bond di platform penstriman.

Menurut aktor berusia 53 tahun itu, filem seperti 007 dibuat khas untuk pawagam dan mana-mana platform lain akan membuatkan filem aksi itu kehilangan daya tarikannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Miliki kekayaan RM637 juta, Daniel Craig enggan serah harta kepada anak-anak

"Salah satu perkara paling hebat yang berlaku ialah kami membawa filem ini ke pawagam, di situlah tempat sepatutnya filem Bond berada.

"Ia tidak kelihatan begitu menarik di dalam telefon. Filem tersebut sesuai ditayangkan pada skrin Imax.

"Ia kelihatan hebat pada skrin 30 kaki dan akan menggalakkan keluarga keluar untuk menonton. Selagi ada filem yang ditayangkan seperti ini, maka pawagam berpeluang untuk bertahan," katanya.

No Time To Die menandakan filem terakhir Daniel Craig dari francais itu.

Sementara itu, Daniel juga menekankan kepentingan pawagam dalam kerjayanya.

"Pawagam akan kekal berada di sini. Jika kami boleh membantu dalam apa jua cara sekalipun, saya akan berusaha untuk memastikan perkara itu tercapai," ujarnya. -THE SUN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain