suria

Anak Nick Cannon usia 5 bulan meninggal dunia akibat tumor otak

Zen menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia lima bulan.

PELAKON dan pelawak Nick Cannon, berduka atas pemergian anaknya, Zen yang meninggal dunia akibat ketumbuhan di bahagian otak.

Bayi istimewa itu merupakan anak Cannon bersama teman wanitanya yang juga seorang model, Alyssa Scott.

Zen disahkan mengalami ketumbuhan di otak setelah doktor mengesan sekumpulan cecair di bahagian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Cannon masih memuji Mariah Carey - “Saya tidak akan berkahwin lagi, tiada yang dapat tandingi dia”

“Kami segera memasukkannya ke hospital untuk menjalani pembedahan. Kami mengharapkan yang terbaik untuknya.

“Saya dan isteri pada ketika itu masih menyimpan harapan dan terus berharap. Dia waktu itu masih boleh bermain dengan abang dan kakaknya," kata Cannon ketika tampil dalam episod terbaharu The Nick Cannon Show di platform Youtube.

Namun, Cannon dan Scott tidak menyangka bahawa percutian mereka pada hujung minggu lalu bertukar momen menyedihkan apabila Zen disahkan meninggal dunia.

Zen menghembuskan nafas terakhir pada usia lima bulan, pada Ahad lalu.

“Hujung minggu yang teramat sukar. Zen sentiasa tersenyum dan memiliki semangat yang indah,”

“Saya menghabiskan masa hujung minggu bersamanya. Saya bangun pagi Ahad, dan pergi ke pantai.

“Mendakapnya untuk kali terakhir, momen itu indah sekali," ujarnya. -PEOPLE

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain