suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ji Chang Wook dah bebas Covid-19, kembali ke set penggambaran drama Netflix 'Annarasumanara'

Ji Chang Wook bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Annarasumanara. 

PELAKON kacak Kdrama Ji Chang Wook yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 kini dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan wabak tersebut.

Chang Wook disahkan positif pada 26 Julai lalu dan sejak itu dia telah menjalani tempoh berkurung di sebuah pusat fasiliti kuarantin.

Aktor berusia 34 tahun itu juga kini dikhabarkan bakal kembali semula ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri terbitan Netflix Korea, Annarasumanara.

Menerusi drama tersebut, Chang Wook bakal memainkan karakter seorang ahli silap mata berperwatakan misteri bernama Rieul.

Annarasumanara yang akan ditayangkan sebanyak enam episod turut dibintangi Hwang In Youp dan Choi Sung Eun. - Allkpop

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain