suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir setahun bercinta, Yoon Kye Sang bakal berkahwin dengan CEO jenama kecantikan

Yoon Kye Sang akur sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan berikutan pandemik Covid-19.

PELAKON Kdrama Yoon Kye Sang mengumumkan bakal berkahwin dengan teman wanitanya yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah jenama kecantikan tidak lama lagi.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan JUST Entertainment memberitahu Yoon Kye Sang dan kekasih yang lima tahun lebih muda daripadanya itu akan mendaftar perkahwinan terlebih dahulu.

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pasangan itu mengambil keputusan untuk menangguh dahulu majlis perkahwinan mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Yoon Kye Sang akan berkahwin dengan seseorang yang dicintai. Wanita yang berjaya memikat hatinya itu adalah seorang ahli perniagaan yang lima tahun lebih muda daripadanya.

"Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak hujung tahun lalu dan ketika itu sudah pun serius ke arah perkahwinan. Mereka juga sudah mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga untuk berkahwin.

"Perancangan awal, mereka hanya akan daftar perkahwinan dahulu sebab sukar untuk mengadakan majlis dalam keadaan Covid-19 sedang melanda," tulisnya.

Artikel Lain