suria

Aktif buat video di gim, Kim Jong Kook janji sumbang semua duit YouTube kepada badan kebajikan

Kim Jong Kook sudah kumpul lebih sejuta subscriber.

PENYANYI dan bintang Running Man, Kim Jong Kook berbesar hati menyumbangkan wang keuntungan yang diperolehi daripada perkongsian video di saluran Youtubenya, Gym Jong Kook.

Baru sahaja membuka saluran YouTubenya pada 17 Jun lalu, Jong Kook kini sudah berjaya mengumpul lebih daripada 1.9 juta subscriber dan telah menerbitkan sebanyak enam buah video setakat hari ini.

"Saya mahu menderma kesemua wang yang diperolehi menerusi lima video yang sudah saya muat naik sebelum ini. Ia tidaklah banyak mana dan saya segan nak berkongsi perkara ini sebenarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Anda semua yang menyokong saluran Gym Jong Kook sebenarnya penyumbang utama terhadap kerja kebajikan ini. Terima kasih dan selalulah bersenam!

"Dengan bersenam ia akan memberikan kesan positif terhadap diri kita sendiri," kata Jong Kook.

Saluran YouTube selebriti berusia 45 tahun itu kebanyakannya memaparkan video dia melakukan aktiviti kecergasan di pusat gimnasium. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain