suria

Camila Cabello hargai bentuk badan, tidak kisah diejek buncit

Camila berpesan kepada peminatnya untuk sentiasa menyayangi diri mereka.

PENYANYI Camila Cabello, 24, mengakui dia pernah berasa kurang yakin apabila memakai baju yang menampakkan bahagian perutnya yang kelihatan buncit ketika melakukan senanam.

Bagaimanapun, Camila yang gemar melakukan senaman larian berkata dia mula menyedari tidak perlu berasa malu kerana keadaan fizikalnya itu sama seperti orang lain.

"Pada waktu itu saya hanya berlari di taman untuk kekal cergas dan mahu menjaga kesihatan diri sendiri.

"Saya memakai baju yang terdedah bahagian perut yang buncit dan tidak menghiraukannya kerana saya sedang berlari seperti manusia lain," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Camila turut mengimbau semula kenangan pahit ketika dia diejek kerana bentuk badannya dan berdepan dengan masalah kurang keyakinan terhadap diri sendiri.

Bangkit dengan semangat baharu, penyanyi lagu Senorita ini menasihati semua wanita agar sentiasa menghargai bentuk badan sendiri.

"Saya bersyukur mempunyai badan ini yang membolehkan saya melakukan apa yang perlu saya lakukan.

"Kita adalah wanita sejati yang mempunyai selulit dan stretch mark serta lemak. Kita harus bangga memilikinya," katanya. -PAGESIX

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain