suria

DJ Katty Butterfly kongsi pengalaman lafaz syahadah - “Sangat gementar sampai berpeluh-peluh”

Foto Katty (dua dari kiri) selepas mengucap dua kalimah syahadah.

KEPUTUSAN DJ Katty Butterfly memeluk agama Islam pada ulang tahun ke-32 pada Khamis lalu menerima komen yang positif daripada peminatnya.

Menerusi laporan Liputan6, Katty yang berasal dari Thailand mengakui dia berasa gementar sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas DJ Nathalie, DJ Katty Butterfly pula peluk Islam selepas tenang dengar azan subuh

Bagaimanapun, Katty meluahkan rasa syukur apabila semuanya berjalan dengan lancar walaupun ketika itu dia berpeluh dengan banyak.

"Saya sangat gementar tentang semuanya tapi Alhamdulillah semuanya selesai sehingga saya terfikir 'macam mana saya boleh lakukan? Sebab saya tak belajar dan tak faham bahasa Arab'.

"Tapi waktu itu semuanya berjalan dengan lancar, saya sangat gementar sehingga berpeluh-peluh tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar," katanya.

Sebelum ini, Katty memuat naik sebuah foto dirinya bersama pendakwah terkenal Gus Miftah yang bertanggungjawab mengislamkan wanita itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain