suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paris Jackson bongkar kisah cinta dengan Gabriel Glenn menerusi album solo

Paris kongsi kisah cinta menerusi album solonya.

PENYANYI Paris Jackson bakal melancarkan album solo terbaharunya yang berjudul Wilted pada 13 November depan.

Paris, 22, mendedahkan album terbaru ini sangat peribadi dan jelas menggambarkan kisah dia bersama bekas kekasih, Gabriel Glenn.

Anak perempuan kepada Michael Jackson itu berkongsi perasaan gembira dan bersyukur dalam perjalanan mencipta album yang cukup membantu menyembuhkan dirinya.

"Saya lebih tenang dan stabil ketika menyiapkan album ini dan berharap mereka yang berada dalam situasi sama turut mendapat ketenangan.

"Penerimaan seseorang mungkin tak sama tetapi sedikit sebanyak mungkin album ini dapat membantu memberikan sesuatu," katanya.

Paris menjalinkan hubungan cinta dengan Gabriel Glenn sejak dua tahun lalu namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Ogos lalu.

Sekitar September lalu, Paris didakwa keluar makan dengan lelaki misteri selepas sebulan putus cinta.

Sumber - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain